Terma & Syarat Pembelian

Apabila pelanggan membeli produk-produk di Ratu Hijab Collection bermakna pelanggan telah bersetuju dengan TERMA DAN SYARAT yang kami sediakan. Sebagai pelanggan, anda haruslah mematuhi panduan TERMA DAN SYARAT yang ditetapkan. Ia nya bagi melindungi kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli. Ratu Hijab Collection berharap , para pelanggan membaca dan memahami terlebih dahulu TERMA & SYARAT dan setuju  sebelum membuat pembayaran.

PEMILIHAN PRODUK
Pelanggan boleh memilih produk dan dan pelanggan perlu membuat pembayaran kepada Ratu Hijab Collection dalam tempoh 7 hari berkerja. Sekiranya pembayaran gagal dilakukan, maka pesanan akan dianggap batal. Setiap pembelian yang telah dibuat dan dihantar kepada pelanggan tidak boleh dipulangkan semula.

PEMBAYARAN
Pelanggan dibenarkan membuat pembayaran melalui Kaedah Pembayaran Bank HANYA kepada:

CIMB BANK
NUR UMIRA BINTI MAT HANAPI = 14410077833529

a) Bank Transfer/Online Transfer
b) Khidmat Mesin ATM ataupun CDM

Pelanggan juga boleh membuat bayaran secara COD (Cash On Delivery). COD hanya untuk pelanggan yang berdekatan dengan Ratu Hijab Collection sahaja.

PEMPROSESAN
Sila sms atau emailkan slip pembayaran/detail pembayaran anda sebagai bukti pembayaran.
SMS : 017-3946498(Pn. Umie)
email : ratuhijabcollection@gmail.com

Kami memerlukan 2 hari bekerja untuk memproses tempahan pelanggan setelah mendapat pengesahan tempahan dan pengesahan pembayaran.. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari pertama.

MASALAH INVENTORY
Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami:
      Menunggu dalam tempoh masa tertentu sehingga bekalan tiba (dimaklumkan melalui telefon/facebook).
      Menukarkan produk mengikut persetujuan pelanggan
      Demi menjaga integriti dan kredibiliti Ratu Hijab Collection kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan.

Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.


Terima Kasih kerana berbelanja di kedai kami.

Ratu Hijab Collection

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...